COMBO TINT Sentiasa Memberikan Yang Terbaik

Combotint (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pita pelekat atau tinted yang diusahakah oleh dua beradik kelahiran daripada negeri dibawah bayu iaitu Sabah, Malaysia.

Ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2020 dengan jayanya di bandar Sri Muda yang terletak di Seksyen 25 Shah Alam, Selangor.

Antara kepakaran yang ditawarkan oleh syarikat ini adalah pemasangan tinted kepada kereta secara b2b dan b2c, perumahan seperti apartment, kondo dan bungalow, bangunan awam seperti masjid dan surau serta bangunan–bangunan pejabat tidak kira kerajaan ataupun awam.

Di ilham oleh 2 orang adik beradik iaitu saudara Anil dan saudara Rezza, dimana mereka mempunyai pengalaman terkumpul bersama selama lebih 20 tahun didalam industri pemasangan tinted.

Pasangan beradik ini memulakan kerjaya mereka sebagai pemasang tinted di sebuah syarikat yang diberi nama Safetint bermula pada tahun 2003 sehingga tahun 2006. Syarikat tinted tersebut banyak menerima tawaran pemasangan tinted di Kilang kereta jenama Proton yang mana ianya dipasang sendiri oleh Anil dan Rezza mengikut specifikasi dan standard yang ditetapkan.

Mereka kemudian mendapat tawaran berkerja sebagai pemasangan tinted di sebuah syarikat bernama Nviro lokasi Subang jaya Uep, Raytech berlokasi di Sungai Buloh, Selangor. Disana mereka telah didedahkan kepada teknik pemasangan mengikut mutu dan standard di kelas yang lebih tinggi. Selang beberapa tahun mereka terus menuntut ilmu kemahiran pemasangan tinted di sebuah syarikat pemasangan tinted Ecotint atas syor oleh pakcik mereka sendiri yang berkerja disana.

Di Ecotint pasangan beradik ini telah diberi pendedahan kepada teknik pemasangan tinted di pelbagai jenis kenderaan berjenama antarabangsa seperti Toyota, Honda, Wolkwogen Di tahun 2009 -2021 dan sebagainya.

Pada tahun 2018 Walau masih berkerja di syarikat tertentu mereka mula terdetik niat untuk mempunyai syarikat sendiri, dengan pengalaman yang ditimba dan rasa rendah diri mereka memulakan dengan pamasangan tinted kereta dari rumah ke rumah. Daripada maklum balas yang begitu positif serta galakan dan dorongan yang berterusan daripada ahli keluarga, Januari 2020 maka lahir syarikat pemasangan tinted yang diberi nama COMBOTINT.

Kini COMBOTINT mempunyai 3 cawangan, Ibu Pejabat mereka adalah di Seksyen 25 Shah Alam Selangor, cawangan pertama di Bandar Letat Jaya Sandakan Sabah serta cawangan yang menawarkan produk tinted premium di Batu 7 1/2, Sandakan Sabah.

Dengan usaha, cita-cita dan harapan, Combotint (M) Sdn Bhd akan terus menawarkan perkhidmatan bertaraf antarabangasa sehingga pada suatu hari ke peringkat persada antarabangsa.

21

TAHUN PENGALAMAN

3

CAWANGAN

24

PEKERJA

5,126

PELANGGAN